nuffnang

Wednesday, 13 January 2016

18,675 Mahasiswa Pernah Tidak Berduit Untuk Makan - Hasil Tinjauan MVM

SHAH ALAM - Satu tinjauan bebas yang dijalankan oleh Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) baru-baru ini mendapati serama 74 peratus atau 18,675 mahasiswa mengakui pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan.

Tinjaun terbabit yang dijalankan dari 24 Disember hingga 28 Disember itu melibatkan 25,632 borang kaji selidik yang dihantar oleh MVM melalui emel ke beberapa universiti terpilih.

"Apa yang mengejutkan, kami mendapat respon yang begitu pantas, enam buah universiti telah memberi respon tertinggi iaitu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)," jelas Presiden MVM, Muhammad Jantan sebagaimana lapor Sinar Online.

Muhammad juga berkata, lebih mengejutkan apabila searma 44 peratus iaitu 11,120 mahasiswa didapati hanya memakan nasi bujang kerana masalah kewangan.

"Manakala 41 peratus atau 10,439 mahasiswa hanya makan mee segera dan sebanyak 57 peratus atau 14,458 mahasiswa hanya memperuntukan RM5 setiap hari untuk makan," katanya.

Selain dari itu, Muhammad juga berharap agar hasil dari tinjauan ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

"Disebabkan banyak pihak mempermaikan isu ini, jadi pihak MVM terpanggil, untuk mencari jalan penyelesaian daripada semua pihak, tidak kisah dari parti politik mahupun NGO, untuk merancang bagi menangani isu ini.

"Oleh itu kita ingin menegaskan, pihak MVM bukan mahu mencetus masalah, tetapi mencari cara, dan tindakan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi  mahasiswa," katanya.

pst.. Bab nasi bujang @ nasi koboy tu memang famous lah bagi student. Alah apa de hal. Bukan semua orang kaya nak makan sedap selalu. Time hujung2 bulan tu lah makanan famous.
Tapi insaf doe tengok adik2 yang cam kesian je kurang makan time study. Aku yang dah dok umah abes study ni rasa cam bersyukur n heavennya cukup makan selalu. 

Tuesday, 12 January 2016

Cepatnya Masa Berlalu..

Kali ni nak kongsi tentang cepatnya masa berlalu daripada page Hilal Asyraf.

"Bayang-bayangkan aja. Betapa zaman sekolah rendah dan menengah itu hampir sahaja seperti tidak pernah kita rasai. Padahal bertahun-tahun kita bergadang untuknya.

Begitu juga zaman universiti. Apabila ia telah tamat, 4 tahun, 7 tahun, hatta jika yang studi hingga ke PhD, bila semuanya telah berakhir, kita akan rasa betapa sebentarnya semua.

Itulah dia perasaannya tatkala maut menerpa. Puluhan tahun umur pun, baru kita tahu ianya sekejap sahaja. Alangkah ruginya umur-umur yang telah kita terbazir. Kini maut semakin hampir menjemput kita. Diri sedang dalam perjalanan berhadapan dengan Yang Maha Kuasa. Apa yang akan dipersembahkan? Terbayang umur-umur yang disia-siakan.

Alasan penat, malas, lama, bosan, menerpa. Bukankah bagus jika aku bersabar. Padahal sebentar sahaja aku berkorban untuk menjadi hamba yang soleh. Mungkin itulah drama penyesalan kita kelak. Naudzubillah.

Alhamdulillah kita masih belum disergah maut. Hidup masih belum berakhir. Moga kita tidak persia-siakan peluang yang telah diberi. Kerana peluang kehidupan ini sebentar sahaja.

Muhasabah."

Betullah seperti yang dikatakan oleh beliau, masa ni memang kejap je berlalu. Terngiang-ngiang lagi 6 tahun lepas baru je masuk IPG dan sekarang ni dah habis pun berlalu. 5 tahun setengah itu tak terasa lama pun. Agaknya diberi umur banyak mana pun kita di dunia ini masih belum puas rasanya. Semoga usia-usia yang kita lalui berlalu dengan bermanfaat.


Happy 2016..







Sunday, 3 January 2016

Jangan Tidur Selepas Solat Subuh

1.Nabi SAW bersabda maksudnya, “Barang siapa yang mengerjakan solat bardain (subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga”(HR.Bukhari 574 & Muslim 635)
2. “..Barangsiapa yang solat subuh berjamaah maka seolah-olah ia telah solat seluruh malamnya” (HR.Muslim no.656)
3. Menurut HR.Muslim, setelah solat subuh biasanya Rasul memperpanjang wirid & zikir sampai terbit matahari.
4. Kebiasaan Rasul juga mendoakan keberkahan bagi umatnya diwaktu pagi. Sebagaimana terdapat dalam Sunan Tirmidzi dan Sunan Abu Daud dan lainnya dari hadis Sakhr bin Wada’ah al Ghamidi radliyallahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi hari mereka”. Ini adalah doa yang agung yang Rasulullah panjatkan agar umatnya memberi perhatian yang besar kepada waktu pagi.
5. Diceritakan bahwa para sahabat juga membenci tidur setelah subuh & melarang anak-anak mereka melakukan itu.
Dari ‘Urwahin bin Zubair, beliau mengatakan, “Dulu Zubair melarang anak-anaknya untuk tidur di waktu pagi”
Urwah mengatakan, “Sungguh jika aku mendengar bahawa seorang itu tidur di waktu pagi maka aku pun merasa tidak suka dengan dirinya”. [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah no 25442 dengan sanad yang sahih].
6. Aktiviti yang lebih bermanfaat bagi dunia & akhirat lebih baik dikerjakan daripada tidur setelah subuh.
7. Namun begitu,hukum tidur setelah subuh tetap harus,apalagi jika ada keperluan kerana bekerja di waktu malam untuk kesegaran saat menjalani hari.
8. Secara ilmiah dari berbagai rujukan, tidur setelah subuh dapat menyebabkan kepikunan (nyanyuk). Wallahu A’lam.
9. Amalan sihat Rasul salah satunya adalah bangun sebelum subuh (untuk solat malam) & beraktiviti setelah subuh
10. Yahudi sangat takut jika jama’ah solat subuh sama banyaknya dengan jama’ah solat Jumaat..
11. 2 rakaat solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada dunia & isinya (HR.Muslim).Setelah dapat pahala besar,lanjut kebaikan lainnya
12. “Dan kami jadikan malam sebagai pakaian & Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan” (Surah. An-Naba ayat 10-11).
13. Firman Allah SWT maksudnya, “Apabila sudah solat maka bertebaranlah kamu dibumi,carilah karuniaNya & ingatlah Allah supaya beruntung(Surah .Al-Jumu’ah ayat 10)

14. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Bersegeralah dalam mencari rezki dan keperluan,kerana didalamnya terdapat keberkahan dan kejayaan (HR.At-Tirmidzi)
p/s: Ada sebab dan alasannya sesuatu larangan tersebut. Apa yang baik itu cuba dijadikan amalan untuk kebaikan hidup juga. 
Sumber: facebook