nuffnang

Tuesday, 12 January 2016

Cepatnya Masa Berlalu..

Kali ni nak kongsi tentang cepatnya masa berlalu daripada page Hilal Asyraf.

"Bayang-bayangkan aja. Betapa zaman sekolah rendah dan menengah itu hampir sahaja seperti tidak pernah kita rasai. Padahal bertahun-tahun kita bergadang untuknya.

Begitu juga zaman universiti. Apabila ia telah tamat, 4 tahun, 7 tahun, hatta jika yang studi hingga ke PhD, bila semuanya telah berakhir, kita akan rasa betapa sebentarnya semua.

Itulah dia perasaannya tatkala maut menerpa. Puluhan tahun umur pun, baru kita tahu ianya sekejap sahaja. Alangkah ruginya umur-umur yang telah kita terbazir. Kini maut semakin hampir menjemput kita. Diri sedang dalam perjalanan berhadapan dengan Yang Maha Kuasa. Apa yang akan dipersembahkan? Terbayang umur-umur yang disia-siakan.

Alasan penat, malas, lama, bosan, menerpa. Bukankah bagus jika aku bersabar. Padahal sebentar sahaja aku berkorban untuk menjadi hamba yang soleh. Mungkin itulah drama penyesalan kita kelak. Naudzubillah.

Alhamdulillah kita masih belum disergah maut. Hidup masih belum berakhir. Moga kita tidak persia-siakan peluang yang telah diberi. Kerana peluang kehidupan ini sebentar sahaja.

Muhasabah."

Betullah seperti yang dikatakan oleh beliau, masa ni memang kejap je berlalu. Terngiang-ngiang lagi 6 tahun lepas baru je masuk IPG dan sekarang ni dah habis pun berlalu. 5 tahun setengah itu tak terasa lama pun. Agaknya diberi umur banyak mana pun kita di dunia ini masih belum puas rasanya. Semoga usia-usia yang kita lalui berlalu dengan bermanfaat.


Happy 2016..







No comments:

Post a Comment