SHAH ALAM - Satu tinjauan bebas yang dijalankan oleh Pertubuhan
Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) baru-baru ini mendapati serama 74
peratus atau 18,675 mahasiswa mengakui pernah berada dalam situasi tidak
berduit untuk makan.
Tinjaun terbabit yang dijalankan dari 24 Disember hingga 28 Disember itu
melibatkan 25,632 borang kaji selidik yang dihantar oleh MVM melalui
emel ke beberapa universiti terpilih.
"Apa yang mengejutkan, kami mendapat respon yang begitu pantas, enam
buah universiti telah memberi respon tertinggi iaitu, Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM)," jelas Presiden MVM, Muhammad Jantan sebagaimana lapor Sinar Online.
Muhammad juga berkata, lebih mengejutkan apabila searma 44 peratus iaitu
11,120 mahasiswa didapati hanya memakan nasi bujang kerana masalah
kewangan.
"Manakala 41 peratus atau 10,439 mahasiswa hanya makan mee segera dan
sebanyak 57 peratus atau 14,458 mahasiswa hanya memperuntukan RM5
setiap hari untuk makan," katanya.
Selain dari itu, Muhammad juga berharap agar hasil dari tinjauan ini
tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak demi kepentingan peribadi
mereka sendiri.
"Disebabkan banyak pihak mempermaikan isu ini, jadi pihak MVM
terpanggil, untuk mencari jalan penyelesaian daripada semua pihak, tidak
kisah dari parti politik mahupun NGO, untuk merancang bagi menangani
isu ini.
"Oleh itu kita ingin menegaskan, pihak MVM bukan mahu mencetus
masalah, tetapi mencari cara, dan tindakan yang terbaik bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi mahasiswa," katanya.
pst.. Bab nasi bujang @ nasi koboy tu memang famous lah bagi student. Alah apa de hal. Bukan semua orang kaya nak makan sedap selalu. Time hujung2 bulan tu lah makanan famous.
Tapi insaf doe tengok adik2 yang cam kesian je kurang makan time study. Aku yang dah dok umah abes study ni rasa cam bersyukur n heavennya cukup makan selalu.
nuffnang
Wednesday, 13 January 2016
Tuesday, 12 January 2016
Cepatnya Masa Berlalu..
Kali ni nak kongsi tentang cepatnya masa berlalu daripada page Hilal Asyraf.
"Bayang-bayangkan aja. Betapa zaman sekolah rendah dan menengah itu hampir sahaja seperti tidak pernah kita rasai. Padahal bertahun-tahun kita bergadang untuknya.
Begitu juga zaman universiti. Apabila ia telah tamat, 4 tahun, 7 tahun, hatta jika yang studi hingga ke PhD, bila semuanya telah berakhir, kita akan rasa betapa sebentarnya semua.
Itulah dia perasaannya tatkala maut menerpa. Puluhan tahun umur pun, baru kita tahu ianya sekejap sahaja. Alangkah ruginya umur-umur yang telah kita terbazir. Kini maut semakin hampir menjemput kita. Diri sedang dalam perjalanan berhadapan dengan Yang Maha Kuasa. Apa yang akan dipersembahkan? Terbayang umur-umur yang disia-siakan.
Alasan penat, malas, lama, bosan, menerpa. Bukankah bagus jika aku bersabar. Padahal sebentar sahaja aku berkorban untuk menjadi hamba yang soleh. Mungkin itulah drama penyesalan kita kelak. Naudzubillah.
Alhamdulillah kita masih belum disergah maut. Hidup masih belum berakhir. Moga kita tidak persia-siakan peluang yang telah diberi. Kerana peluang kehidupan ini sebentar sahaja.
Muhasabah."
Betullah seperti yang dikatakan oleh beliau, masa ni memang kejap je berlalu. Terngiang-ngiang lagi 6 tahun lepas baru je masuk IPG dan sekarang ni dah habis pun berlalu. 5 tahun setengah itu tak terasa lama pun. Agaknya diberi umur banyak mana pun kita di dunia ini masih belum puas rasanya. Semoga usia-usia yang kita lalui berlalu dengan bermanfaat.
Happy 2016..
"Bayang-bayangkan aja. Betapa zaman sekolah rendah dan menengah itu hampir sahaja seperti tidak pernah kita rasai. Padahal bertahun-tahun kita bergadang untuknya.
Begitu juga zaman universiti. Apabila ia telah tamat, 4 tahun, 7 tahun, hatta jika yang studi hingga ke PhD, bila semuanya telah berakhir, kita akan rasa betapa sebentarnya semua.
Itulah dia perasaannya tatkala maut menerpa. Puluhan tahun umur pun, baru kita tahu ianya sekejap sahaja. Alangkah ruginya umur-umur yang telah kita terbazir. Kini maut semakin hampir menjemput kita. Diri sedang dalam perjalanan berhadapan dengan Yang Maha Kuasa. Apa yang akan dipersembahkan? Terbayang umur-umur yang disia-siakan.
Alasan penat, malas, lama, bosan, menerpa. Bukankah bagus jika aku bersabar. Padahal sebentar sahaja aku berkorban untuk menjadi hamba yang soleh. Mungkin itulah drama penyesalan kita kelak. Naudzubillah.
Alhamdulillah kita masih belum disergah maut. Hidup masih belum berakhir. Moga kita tidak persia-siakan peluang yang telah diberi. Kerana peluang kehidupan ini sebentar sahaja.
Muhasabah."
Betullah seperti yang dikatakan oleh beliau, masa ni memang kejap je berlalu. Terngiang-ngiang lagi 6 tahun lepas baru je masuk IPG dan sekarang ni dah habis pun berlalu. 5 tahun setengah itu tak terasa lama pun. Agaknya diberi umur banyak mana pun kita di dunia ini masih belum puas rasanya. Semoga usia-usia yang kita lalui berlalu dengan bermanfaat.
Happy 2016..
Sunday, 3 January 2016
Jangan Tidur Selepas Solat Subuh
1.Nabi SAW bersabda maksudnya, “Barang siapa yang mengerjakan solat bardain (subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga”(HR.Bukhari 574 & Muslim 635)
2. “..Barangsiapa yang solat subuh berjamaah maka seolah-olah ia telah solat seluruh malamnya” (HR.Muslim no.656)
3. Menurut HR.Muslim, setelah solat subuh biasanya Rasul memperpanjang wirid & zikir sampai terbit matahari.
4. Kebiasaan Rasul juga mendoakan keberkahan bagi umatnya diwaktu pagi. Sebagaimana terdapat dalam Sunan Tirmidzi dan Sunan Abu Daud dan lainnya dari hadis Sakhr bin Wada’ah al Ghamidi radliyallahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi hari mereka”. Ini adalah doa yang agung yang Rasulullah panjatkan agar umatnya memberi perhatian yang besar kepada waktu pagi.
5. Diceritakan bahwa para sahabat juga membenci tidur setelah subuh & melarang anak-anak mereka melakukan itu.
Dari ‘Urwahin bin Zubair, beliau mengatakan, “Dulu Zubair melarang anak-anaknya untuk tidur di waktu pagi”
Urwah mengatakan, “Sungguh jika aku mendengar bahawa seorang itu tidur di waktu pagi maka aku pun merasa tidak suka dengan dirinya”. [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah no 25442 dengan sanad yang sahih].
Urwah mengatakan, “Sungguh jika aku mendengar bahawa seorang itu tidur di waktu pagi maka aku pun merasa tidak suka dengan dirinya”. [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah no 25442 dengan sanad yang sahih].
6. Aktiviti yang lebih bermanfaat bagi dunia & akhirat lebih baik dikerjakan daripada tidur setelah subuh.
7. Namun begitu,hukum tidur setelah subuh tetap harus,apalagi jika ada keperluan kerana bekerja di waktu malam untuk kesegaran saat menjalani hari.
8. Secara ilmiah dari berbagai rujukan, tidur setelah subuh dapat menyebabkan kepikunan (nyanyuk). Wallahu A’lam.
9. Amalan sihat Rasul salah satunya adalah bangun sebelum subuh (untuk solat malam) & beraktiviti setelah subuh
10. Yahudi sangat takut jika jama’ah solat subuh sama banyaknya dengan jama’ah solat Jumaat..
11. 2 rakaat solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada dunia & isinya (HR.Muslim).Setelah dapat pahala besar,lanjut kebaikan lainnya
12. “Dan kami jadikan malam sebagai pakaian & Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan” (Surah. An-Naba ayat 10-11).
13. Firman Allah SWT maksudnya, “Apabila sudah solat maka bertebaranlah kamu dibumi,carilah karuniaNya & ingatlah Allah supaya beruntung(Surah .Al-Jumu’ah ayat 10)
14. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Bersegeralah dalam mencari rezki dan keperluan,kerana didalamnya terdapat keberkahan dan kejayaan (HR.At-Tirmidzi)
p/s: Ada sebab dan alasannya sesuatu larangan tersebut. Apa yang baik itu cuba dijadikan amalan untuk kebaikan hidup juga.
Sumber: facebook
Monday, 28 December 2015
Ular yang Tak Boleh Mati!!
P/s: Letak gambar kartun jer. Seram nak letak gamba betol.
ULAR INI TIDAK BOLEH MATI!
Semalam di Nat Geo Wild, telah diumumkan bahawa ular yang sangat berbahaya baru sahaja ditemui. Saintis mendakwa bahawa ular merupakan species baru : revolusi keluarga reptilia itu. Menurut Nat Geo Wild, ular tersebut akn brtmbah 0.5 cm panjang setiap kali ia makan dgn sekali suapan setiap 30 saat atau kurang. Ular ini tidak boleh dibunuh atau dicederakan oleh senjata malahan ianya mati hanya apabila ia menggigit dirinya sendiri. Huh mengejutkan?
Saintis mendakwa bahawa hanya ada satu-satunya cara ia boleh dibunuh tetapi kajian masih diteruskan untuk mencari cara-cara baru ular ini boleh dibunuh. Ini adalah ular yang paling beracun dan dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah manusia.
Ular ini hanya boleh didapati dalam Nokia 3310 telefon mudah alih di bawah pilihan permainan, ular Xenzia. Terima kasih kerana berhati-hati dan sabar membaca ini!
Haha.. Saspens je bace.
Sumber: Facebook
Sunday, 20 December 2015
Baca Quran Tapi Tak Faham Maksud..
Takpe ke baca quran berkali-kali khatam, tetapi masih tak faham maksud. Apa lagi orang Melayu seperti kita yang tak pandai dalam bahasa Arab. Ikuti kisah ini yang menerangkan kepada kita kebaikan membaca Al-Quran..
Ada seorang yang membaca Al-Qur'an...
Tetapi dia tidak dapat menghafalnya walaupun sedikit.
Maka, anaknya yang kecil bertanya: "Apa faedah baca Al-Qur'an tanpa menghafalnya sedikitpun?!"
Jawab ayah: "Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku."
Kata anak: "Mustahil ia penuh."
Jawab ayah: "Cubalah dulu."
Bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. Maka budak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.
Tetapi, airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya: "Tidak ada faedah saya mengisinya."
Ayahnya menjawab: "Cuba lagi kali kedua!"
Maka budak itu melakukannya, tetapi masih tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. Dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.
Budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya: "Tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air."
Kata ayah kepada anaknya: "Adakah engkau lihat sesuatu yang berlaku kepada bakul jerami?"
Budak itu terkejut dan menjawab: "Ya ayah. Asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas-bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya."
Maka, berkata sang ayah kepada anaknya: "Ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Qur'an kepadamu. Dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya, dan Al-Qur'an seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikitpun ayatnya..."
Sucikan hatimu, dengan berzikir dan mengingati Allah...
Sumber: Facebook
Saturday, 12 December 2015
Mentaati ibu bapa amalan mulia
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan Ahh!" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Hai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Isra: 23-24)
Syeikh al-Maraghi berkata: Apabila Allah SWT memerintahkan supaya berbuat baik kepada ibu bapa, maka hal itu berpunca daripada sebab-sebab yang berikut:
1 Kedua-dua orang ibu bapalah yang telah melimpahkan belas kasihan kepada anaknya, malah telah bersusah payah untuk memberikan kebaikan kepadanya dan menghindarkannya daripada bahaya. Oleh sebab itu, hal itu wajib diberi imbalan dengan berbuat baik dan bersyukur kepada mereka.
2Anak merupakan peninggalan ibu bapa, sebagaimana diberitakan dalam sebuah hadis bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: Fatimah adalah belahan jiwaku."
3Kedua ibu bapa telah memberi kenikmatan kepada anak, ketika anak itu berada dalam keadaan lemah dan tidak berdaya walau sedikit pun. oleh sebab itu, hal itu wajib dibalas dengan rasa syukur, ketika mereka telah tua, sebagaimana dinyatakan oleh penyair Arab ketika menyebut-nyebut kenikmatan daripada-Nya disebabkan anaknya telah melayaninya dengan tidak senonoh, setelah dia tua.
Dinyatakan di dalam berita para salaf untuk menjelaskan maksud ayat ini, katanya: Seandainya jika ada perkataan yang lebih rendah daripada uf, atau cis dalam pengetahuan Tuhan, nescaya Dia akan mengharamkan manusia untuk menyebutkan kepada ibu bapanya.
Medan jihad
Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam al-Halal wa al-Haram menyebut: Islam sangat mengambil berat terhadap kerelaan kedua ibu bapa, maka dia telah mencegah seorang anak daripada melibatkan diri dalam berjihad atau pergi ke medan perang tanpa keizinan daripada kedua ibu bapa, sedangkan jihad pada jalan Allah SWT sangat tinggi martabatnya menurut pandangan Islam, tidak dapat disamakan dengan bangun malam bersolat di sepanjang malam ataupun berpuasa di siang harinya. Dinyatakan dalam sebuah riwayat daripada Abdullah bin Amr bin al-`Ash, katanya yang bermaksud: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Allah SAW lalu memohon keizinan untuk keluar berjihad lalu Rasulullah SAW pun bertanya kepadanya: Adakah kedua ibu bapamu masih hidup? Jawab lelaki itu: Ya. Lalu Baginda SAW menjawab: Hendaklah kamu berjihad untuk kedua ibu bapamu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Iaitu jadikanlah medan jihadmu atau perjuanganmu dengan melakukan kebaikan kepada keduanya dan menjaga keduanya. Dalam suatu riwayat yang lain lagi berbunyi: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW berkata: Aku membaiahmu untuk berhijrah dan berjihad, justeru aku inginkan pahalanya daripada Allah SWT! Rasulullah SAW bertanya kepadanya: Apakah kedua ibu-bapamu masih hidup? Lelaki itu menjawab: Ya, kedua ibu bapanya masih hidup lagi. Rasulullah SAW bersabda: Apakah benar kamu inginkan pahala daripada Allah SWT? Jawabnya: Benar. Rasulullah SAW bersabda: Kembalilah kepada keduanya dan berbuat baiklah dalam pergaulanmu dengan keduanya. (riwayat Muslim)
Dalam suatu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku datang kerana hendak membaiahmu untuk berhijrah, dan aku telah tinggalkan kedua ibu bapaku dalam keadaan menangis. Nabi SAW bersabda kepadanya: Sekarang juga kembali kepadanya buatlah sesuatu untuk menjadikannya tertawa sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis. (riwayat al-Bukhari)
Abu Said al-Khudri meriwayatkan seorang lelaki dari negeri Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah SAW lalu Baginda SAW bertanya: Adakah kamu mempunyai keluarga di Yaman? Lelaki itu menjawab: Ada. Rasulullah SAW bertanya lagi: Apakah mereka mengizinkanmu datang ke mari? Jawabnya: Tidak. Lalu Rasulullah bersabda: Sekarang kembali dahulu kepadanya dan meminta izin keduanya. Kalau mereka memberi keizinan kepadamu, barulah boleh kamu berjihad. Jika tidak maka hendaklah kamu berbuat baik kepada mereka." (riwayat Abu Daud)
Antara peraturan yang sangat dititikberatkan dalam Islam mengenai hal yang berkaitan berbuat baik kepada ibu bapa, ialah Islam melarang umatnya menderhaka kepada kedua ibu bapa sekalipun mereka masih musyrik atau kafir, tidak mahu beriman kepada Allah SWT.
Bahkan sekalipun mereka terus menentang Islam dan sangat kuat berpegang kepada kepercayaan kufurnya itu, sentiasa mencuba dan melakukan apa sahaja untuk menarik anaknya daripada Islam serta menabur fitnah dalam agamanya.
Semoga pencerahan seperti ini menjadikan kita benar-benar memuliakan ibu bapa selaras dengan anjuran Islam.
Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20141017/ba_02/Merahmati-ibu-bapa#ixzz3u9UAkJGa
Sunday, 9 February 2014
Orang Jawa, katenyelah..
Entri kali
ni aku nak citer pasal orang Jawa.
Aku ni orang
Jawa lah jugak kan.
Ayah Jawa, mak
Melayu (utara). Jadinye, JAME. Haha..
Sebenarnya
aku jumpa ayat ni kat status fb orang Jawa.
Jadi, rasa
cam minat nak share kat sini lah kan.
**kopi dan pes dari Kang Suhanto**
Stereotaip orang Jawa
Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus,
tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak
mau terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin
memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh
itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya
percanggahan pendapat. Salah satu kesan yang buruk daripada kecenderungan
ini adalah bahawa mereka biasanya dengan mudah menyimpan dendam.
Opo bener yo
dulur Jowo sukak nyimpen dendam jero ati, ojo dadi api dalam sekam. (Betul
ke saudara Jawa suka simpan dendam dalam hati. Jangan jadi api dalam sekam).
Wikipedia pon ade bagitau
jugak.
Pemerhatian
aku kat orang Jawa lain..
Yep.. Mereka
memang sopan santun dan halus budi bahasanya.
Mereka
terkenal dengan peramah, pemurah dan sangat menghormati tetamu.
Bukan aku je
yang cakap, orang lain pon mengakuinya.
Macam yang
dikatakan kat bawah ni.
Hari ini, saya
agak gembira kerana ibu saya berbangsa Jawa. Setelah saya besar, baru saya tahu
bahawa Jawa adalah satu bangsa yang penuh dengan lemah lembut dan sopan
santun. Malah, sangat menghormati tetamu. Jika anda pergi menziarahi mana-mana
rumah rakan berbangsa Jawa, dan keluarga itu pula masih lagi kuat mengamalkan
budaya orang-orang Jawa, yang kebiasaannya banyak terdapat di Banting dan Batu
Pahat, maka pasti anda akan terkejut dengan layanan mereka.
Kalau boleh, apa sahaja makanan yang ada di dapur itu hendak mereka keluarkan untuk beri anda makan. Malah, kalau anda membawa anak bersama, dan anak anda itu pula tiba-tiba sangat suka bermain dengan permainan yang ada di rumah yang anda ziarahi itu, silap-silap haribulan tuan rumah akan suruh anda ambil terus permainan itu.
Aku?
Yelah aku pon macam tu jugak
la.
Tapi aku bukan yang sopan dan
halus tu.
Aku, yang bab tertutup dan tidak
mau terus terang, kononnya ingin memelihara keharmonian atau keserasian dan
menghindari pertikaian (yelah sangat nak memelihara keharmonian).
Tapi aku takde lah nak simpan dendam
kat orang.
Biasanya, aku senang panas, dan
senang sejuk. Insha Allah lah.
Orang Jawa kat tempat aku suka
masak manis-manis.
Tak taulah orang Jawa memang
macam tu atau kat tempat aku jer.
Kalau makcik-makcik, nenek-nenek
tu masak manis giler.
Kalau generasi cam aku, aku
kurangkan manis jugak.
Tapi kalau masak pape, mesti nak
bubuh gula jugak walaupun sket. Hehe.. Dah biase.
Tak elok makan manis-manis ni tau
(pesanan untuk diri sendiri jugak).
Saje nak tunjuk nasi ambeng ni.
Senjak dua menjak ni, ramai kengkawan request nak makan nasi ambeng. Hoho..
minat jugak mereka ni ye. So, aku pon import lah nasi ambeng dari Sabak Bernam
untuk mereka. Bolehlah nanti bukak bisnes nasi ambeng. Ala-ala makanan Jawa
komersial lah. (Hehe.. berangan).
Begitulah baik
buruknya orang Jawa ni.
Setiap suku
bangsa ni biasalah ada baik dan buruknya.
So, yang
baik bolehlah ambil dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
JAWA WORLD.
Salah satu binaan terantik kat
kampung aku. Nampak jer antik dan comel masjid ni. Tapi kemudahan tip top. Siap
ade aircond lagi. Kirenye ke'tradisional'an masjid ini dijaga lah. (Tetibe..
Aku rindu kampung sebenarnya).
Wasallam..
Lain
kali aku sambung citer.
Subscribe to:
Posts (Atom)