Entri kali
ni aku nak citer pasal orang Jawa.
Aku ni orang
Jawa lah jugak kan.
Ayah Jawa, mak
Melayu (utara). Jadinye, JAME. Haha..
Sebenarnya
aku jumpa ayat ni kat status fb orang Jawa.
Jadi, rasa
cam minat nak share kat sini lah kan.
**kopi dan pes dari Kang Suhanto**
Stereotaip orang Jawa
Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus,
tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak
mau terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin
memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh
itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya
percanggahan pendapat. Salah satu kesan yang buruk daripada kecenderungan
ini adalah bahawa mereka biasanya dengan mudah menyimpan dendam.
Opo bener yo
dulur Jowo sukak nyimpen dendam jero ati, ojo dadi api dalam sekam. (Betul
ke saudara Jawa suka simpan dendam dalam hati. Jangan jadi api dalam sekam).
Wikipedia pon ade bagitau
jugak.
Pemerhatian
aku kat orang Jawa lain..
Yep.. Mereka
memang sopan santun dan halus budi bahasanya.
Mereka
terkenal dengan peramah, pemurah dan sangat menghormati tetamu.
Bukan aku je
yang cakap, orang lain pon mengakuinya.
Macam yang
dikatakan kat bawah ni.
Hari ini, saya
agak gembira kerana ibu saya berbangsa Jawa. Setelah saya besar, baru saya tahu
bahawa Jawa adalah satu bangsa yang penuh dengan lemah lembut dan sopan
santun. Malah, sangat menghormati tetamu. Jika anda pergi menziarahi mana-mana
rumah rakan berbangsa Jawa, dan keluarga itu pula masih lagi kuat mengamalkan
budaya orang-orang Jawa, yang kebiasaannya banyak terdapat di Banting dan Batu
Pahat, maka pasti anda akan terkejut dengan layanan mereka.
Kalau boleh, apa sahaja makanan yang ada di dapur itu hendak mereka keluarkan untuk beri anda makan. Malah, kalau anda membawa anak bersama, dan anak anda itu pula tiba-tiba sangat suka bermain dengan permainan yang ada di rumah yang anda ziarahi itu, silap-silap haribulan tuan rumah akan suruh anda ambil terus permainan itu.
Aku?
Yelah aku pon macam tu jugak
la.
Tapi aku bukan yang sopan dan
halus tu.
Aku, yang bab tertutup dan tidak
mau terus terang, kononnya ingin memelihara keharmonian atau keserasian dan
menghindari pertikaian (yelah sangat nak memelihara keharmonian).
Tapi aku takde lah nak simpan dendam
kat orang.
Biasanya, aku senang panas, dan
senang sejuk. Insha Allah lah.
Orang Jawa kat tempat aku suka
masak manis-manis.
Tak taulah orang Jawa memang
macam tu atau kat tempat aku jer.
Kalau makcik-makcik, nenek-nenek
tu masak manis giler.
Kalau generasi cam aku, aku
kurangkan manis jugak.
Tapi kalau masak pape, mesti nak
bubuh gula jugak walaupun sket. Hehe.. Dah biase.
Tak elok makan manis-manis ni tau
(pesanan untuk diri sendiri jugak).
Saje nak tunjuk nasi ambeng ni.
Senjak dua menjak ni, ramai kengkawan request nak makan nasi ambeng. Hoho..
minat jugak mereka ni ye. So, aku pon import lah nasi ambeng dari Sabak Bernam
untuk mereka. Bolehlah nanti bukak bisnes nasi ambeng. Ala-ala makanan Jawa
komersial lah. (Hehe.. berangan).
Begitulah baik
buruknya orang Jawa ni.
Setiap suku
bangsa ni biasalah ada baik dan buruknya.
So, yang
baik bolehlah ambil dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
JAWA WORLD.
Salah satu binaan terantik kat
kampung aku. Nampak jer antik dan comel masjid ni. Tapi kemudahan tip top. Siap
ade aircond lagi. Kirenye ke'tradisional'an masjid ini dijaga lah. (Tetibe..
Aku rindu kampung sebenarnya).
Wasallam..
Lain
kali aku sambung citer.
hai wak jowo. eh. hehe. nice entri!
ReplyDeletehehe.. thanks.
Deletex nak lah 'wak'. itu untuk org tua. haha..