nuffnang

Sunday, 9 February 2014

Orang Jawa, katenyelah..

Entri kali ni aku nak citer pasal orang Jawa.
Aku ni orang Jawa lah jugak kan.
Ayah Jawa, mak Melayu (utara). Jadinye, JAME. Haha..
Sebenarnya aku jumpa ayat ni kat status fb orang Jawa.
Jadi, rasa cam minat nak share kat sini lah kan.

**kopi dan pes dari Kang Suhanto**

Stereotaip orang Jawa
Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus, tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak mau terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya percanggahan pendapat. Salah satu kesan yang buruk daripada kecenderungan ini adalah bahawa mereka biasanya dengan mudah menyimpan dendam.
Opo bener yo dulur Jowo sukak nyimpen dendam jero ati, ojo dadi api dalam sekam. (Betul ke saudara Jawa suka simpan dendam dalam hati. Jangan jadi api dalam sekam).

Wikipedia pon ade bagitau jugak.

Pemerhatian aku kat orang Jawa lain..
Yep.. Mereka memang sopan santun dan halus budi bahasanya.
Mereka terkenal dengan peramah, pemurah dan sangat menghormati tetamu.
Bukan aku je yang cakap, orang lain pon mengakuinya.
Macam yang dikatakan kat bawah ni.


Hari ini, saya agak gembira kerana ibu saya berbangsa Jawa. Setelah saya besar, baru saya tahu bahawa Jawa adalah satu bangsa yang penuh dengan lemah lembut dan sopan santun. Malah, sangat menghormati tetamu. Jika anda pergi menziarahi mana-mana rumah rakan berbangsa Jawa, dan keluarga itu pula masih lagi kuat mengamalkan budaya orang-orang Jawa, yang kebiasaannya banyak terdapat di Banting dan Batu Pahat, maka pasti anda akan terkejut dengan layanan mereka.

Kalau boleh, apa sahaja makanan yang ada di dapur itu hendak mereka keluarkan untuk beri anda makan. Malah, kalau anda membawa anak bersama, dan anak anda itu pula tiba-tiba sangat suka bermain dengan permainan yang ada di rumah yang anda ziarahi itu, silap-silap haribulan tuan rumah akan suruh anda ambil terus permainan itu.

Aku?
Yelah aku pon macam tu jugak la. 
Tapi aku bukan yang sopan dan halus tu. 
Aku, yang bab tertutup dan tidak mau terus terang, kononnya ingin memelihara keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian (yelah sangat nak memelihara keharmonian).
Tapi aku takde lah nak simpan dendam kat orang.
Biasanya, aku senang panas, dan senang sejuk. Insha Allah lah.

Orang Jawa kat tempat aku suka masak manis-manis. 
Tak taulah orang Jawa memang macam tu atau kat tempat aku jer.
Kalau makcik-makcik, nenek-nenek tu masak manis giler. 
Kalau generasi cam aku, aku kurangkan manis jugak. 
Tapi kalau masak pape, mesti nak bubuh gula jugak walaupun sket. Hehe.. Dah biase.
Tak elok makan manis-manis ni tau (pesanan untuk diri sendiri jugak).

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhITcaqU5MC8Dk90w7UUJOaAY_OkVTlEWvuKtcYUgW-U_LnxGA47992OhWJGGqr4CLFpH1BWWJDxvgkSFWl2MPy9jOPxwsaRyVQs0XMGGi5H5wIDBnwlaBDPG7PflNEacOqOD40dNKN5BI/s1600/download.jpg

Saje nak tunjuk nasi ambeng ni. Senjak dua menjak ni, ramai kengkawan request nak makan nasi ambeng. Hoho.. minat jugak mereka ni ye. So, aku pon import lah nasi ambeng dari Sabak Bernam untuk mereka. Bolehlah nanti bukak bisnes nasi ambeng. Ala-ala makanan Jawa komersial lah. (Hehe.. berangan).

Begitulah baik buruknya orang Jawa ni. 
Setiap suku bangsa ni biasalah ada baik dan buruknya. 
So, yang baik bolehlah ambil dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
JAWA WORLD. 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqRMDNALBpESlVrW4RrsuPi4d3qpmUQp2jSCuVnViQM56bPZigRB6Ta-6CIkcb__bGrxugMZDut8PinV8wAwMDIzK7AnJU9Rc55xwQ-5VR-9CpRrTubsJdlWq8iAfDWtCQtaaUoPBIT0w/s1600/Gambar+Masjid+020.jpg

Salah satu binaan terantik kat kampung aku. Nampak jer antik dan comel masjid ni. Tapi kemudahan tip top. Siap ade aircond lagi. Kirenye ke'tradisional'an masjid ini dijaga lah. (Tetibe.. Aku rindu kampung sebenarnya).

Wasallam.. 
Lain kali aku sambung citer.



Saturday, 8 February 2014

Niat

Assalamualaikum.. 
And hi sume.
Lame x tulis blog ag. (poyo jer.. padahal baru ade satu entry).
K, tetibe ade idea nak tulis something kat blog ni. 
Semalam aku adelah wat sesi sharing2. Ala2 usrah gitu dengan sorang akak ni. 
Aku tak catat sangat pon apa yang die cite time tu. Hehe..
Aku dengo jer.
Yang aku ingat die ade cite pasal NIAT.
Ni ade satu hadis yang menceritakan perihal niat ni.
Hadisnya berbunyik:

Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki."
(HR Bukhari dan Muslim)

Imam Bukhari memulakan mukaddimah dalam Shahihnya dengan hadith ini (sebagaimana juga Imam Nawawi dalam Hadith 40) yang di mana ianya memperingatkan kepada kita semua bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang semata-mata bukan untuk mencari keredhaan Allah maka dia tidak akan menerima imbalannya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Hadith ini mengajarkan kepada kita akan prinsip bahawa penerimaan amalan kita (sama ada diterima atau tidak) adalah bergantung kepada niat di sebaliknya. Jika niat tersebut adalah baik dan ikhlas untuk menggapai keredhaan Allah, maka ianya dikira sebagai satu amal soleh. Namun jika sebaliknya, amalan itu akan dikira sebagai sia-sia dan tidak diterima. Inilah antara perkara pertama yang harus diambil kira.

Syarat lain yang perlu diambil kira bagi memastikan sesuatu amalan itu untuk diterima adalah dengan menjadikan setiap satu amalan itu bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW dan juga sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh golongan soleh terdahulu. Oleh sebab itu, Baginda SAW menyatakan,

"Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada kami, maka ianya tertolak". 
[HR Bukhari dan Muslim]

Description: Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8kPM8jIzO-1xpAIaag8AGZkQc2gzoatdSJ2y026g8SbPyUM-_Qf4xTCiRxevRVdDt5PccHcxuK4S6KIYhSNAqDi7b9R1GFgpRD-OZ1Y8FJtFHTbip2TMT0VBEkkmG9x3eCWK4aav5vUI/s1600/download.jpg


Amek ayat dari sini ha..


So, apa pun amalan kita buat niat kerana Allah..
Walau susah dan walau tak suka pon, niatkan kerana Allah.
Semoga terselit rasa keikhlasan dan kesungguhan daripada pekerjaan tersebut. 
Contoh yang mudah untuk aku ialah:
Bab nak pegi kuliah. 
Memanglah kadang tu rasa malas nak pegi kuliah walaupun itu kewajipannya. 
Tapi lessonnya, aku boleh belajar betulkan niat. 
Time nak pegi kuliah, time buat asignment, time nak pergi praktikum (coming soon, 2 bulan lagi woo) 
N whatever pon yang kita buat. 
Kalau kita niat dengan baik, in sha Allah hati ni akan rasa seronok., tenang dan damai.


Hehe.. Sekian. Sharing is Caring.

p/s: Blog x cantik sangat la. Malas nak edit. N malas nak belajar2 ag. Ape yang ade jer la ye.