nuffnang

Saturday, 8 February 2014

Niat

Assalamualaikum.. 
And hi sume.
Lame x tulis blog ag. (poyo jer.. padahal baru ade satu entry).
K, tetibe ade idea nak tulis something kat blog ni. 
Semalam aku adelah wat sesi sharing2. Ala2 usrah gitu dengan sorang akak ni. 
Aku tak catat sangat pon apa yang die cite time tu. Hehe..
Aku dengo jer.
Yang aku ingat die ade cite pasal NIAT.
Ni ade satu hadis yang menceritakan perihal niat ni.
Hadisnya berbunyik:

Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki."
(HR Bukhari dan Muslim)

Imam Bukhari memulakan mukaddimah dalam Shahihnya dengan hadith ini (sebagaimana juga Imam Nawawi dalam Hadith 40) yang di mana ianya memperingatkan kepada kita semua bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang semata-mata bukan untuk mencari keredhaan Allah maka dia tidak akan menerima imbalannya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Hadith ini mengajarkan kepada kita akan prinsip bahawa penerimaan amalan kita (sama ada diterima atau tidak) adalah bergantung kepada niat di sebaliknya. Jika niat tersebut adalah baik dan ikhlas untuk menggapai keredhaan Allah, maka ianya dikira sebagai satu amal soleh. Namun jika sebaliknya, amalan itu akan dikira sebagai sia-sia dan tidak diterima. Inilah antara perkara pertama yang harus diambil kira.

Syarat lain yang perlu diambil kira bagi memastikan sesuatu amalan itu untuk diterima adalah dengan menjadikan setiap satu amalan itu bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW dan juga sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh golongan soleh terdahulu. Oleh sebab itu, Baginda SAW menyatakan,

"Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada kami, maka ianya tertolak". 
[HR Bukhari dan Muslim]

Description: Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8kPM8jIzO-1xpAIaag8AGZkQc2gzoatdSJ2y026g8SbPyUM-_Qf4xTCiRxevRVdDt5PccHcxuK4S6KIYhSNAqDi7b9R1GFgpRD-OZ1Y8FJtFHTbip2TMT0VBEkkmG9x3eCWK4aav5vUI/s1600/download.jpg


Amek ayat dari sini ha..


So, apa pun amalan kita buat niat kerana Allah..
Walau susah dan walau tak suka pon, niatkan kerana Allah.
Semoga terselit rasa keikhlasan dan kesungguhan daripada pekerjaan tersebut. 
Contoh yang mudah untuk aku ialah:
Bab nak pegi kuliah. 
Memanglah kadang tu rasa malas nak pegi kuliah walaupun itu kewajipannya. 
Tapi lessonnya, aku boleh belajar betulkan niat. 
Time nak pegi kuliah, time buat asignment, time nak pergi praktikum (coming soon, 2 bulan lagi woo) 
N whatever pon yang kita buat. 
Kalau kita niat dengan baik, in sha Allah hati ni akan rasa seronok., tenang dan damai.


Hehe.. Sekian. Sharing is Caring.

p/s: Blog x cantik sangat la. Malas nak edit. N malas nak belajar2 ag. Ape yang ade jer la ye.



No comments:

Post a Comment